Pendaftaran Latihan Industri Program Kerjasama UTM
Kepada | : SISWA & SISWI PROGRAM DIPLOMA KERJASAMA UTM |
Daripada | : BAHAGIAN BENDAHARI, KOLEJ ANTARABANGSA UNIFIELD |
Tarikh | : 28 APRIL 2015 |
Perkara | : MAKLUMAN PENDAFTARAN LATIHAN INDUSTRI |
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
- Untuk makluman, cetakan slip Pendaftaran Latihan Industri oleh Bahagian Bendahari akan bermula pada 28 Mei – 5 Jun 2015, Khamis– Jumaat.
- Oleh yang demikian, siswa/I dikehendaki membuat bayaran:
- Yuran Pengajian semester lepas (tertunggak)
- Yuran Pengajian semester semasa (Sem 7)
- Yuran Penginapan (jika menginap di KAMSIS)sebelum 28 Mei 2015 di Kaunter Bayaran Pejabat Bendahari bagi melancarkan proses pendaftaran.
- Mohon semak jumlah subjek dan jam kredit yang diambil dengan Bahagian HEA sebelum membuat bayaran.
Kerjasama siswa/i amatlah dihargai.
Sekian, harap maklum.
Terima kasih.
Bahagian Bendahari
Kolej Antarabangsa Unifield
- Perhatian
- Waktu Operasi