ORGANISASI

Bahagian Bendahari Kolej Antarabangsa Unifield digerakkan oleh 4 unit didalamnya iaitu;

  1. Unit Akaun (pelbagai)
  2. Unit Akaun Asrama
  3. Unit Tajaan & Pinjaman
  4. Unit Kawalan Kredit

Setiap satunya mempunyai fungsi serta peranan masing-masing iaitu;

Unit Akaun (pelbagai)

  • Bertanggungjawab merekod dan mengemaskini transaksi dari pelbagai pihak contohnya, bayaran kepada pembekal serta kakitangan.
  • Menyediakan laporan harian, memfailkan dokumen serta menyediakan keperluan Audit Tahunan syarikat.

Unit Akaun Asrama

  • Berperanan sebagai pentadbir akaun bayaran asrama pelajar yang menginap di Asrama Kolej Antarabangsa Unifield.
  • Mengemaskini segala transaksi bayaran yuran penginapan dari pelajar.
  • Memberi nasihat kewangan pelajar.

Unit Tajaan & Pinjaman

  • Menguruskan hal ehwal penajaan pelajar Kolej Antarabangsa Unifield.
  • Memberi maklumat berkaitan penajaan pelajaran kepada pelajar.
  • Membantu mengurangkan masalah kewangan pelajar.
  • Menjalin hubungan baik dengan badan-badan penaja.

Unit Kawalan Kredit

  • Berfungsi sebagai pemberi nasihat kewangan pelajar.
  • Mengemaskini segala transaksi bayaran yuran pengajian dari pelajar.
  • Serta memastikan pelajar diberi maklumat jelas tentang yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian mereka di Kolej Antarabangsa Unifield.